Thursday, November 6, 2008

Program Lawatan Ke padang Besar & Langkawi





Feri dari Terminal Kuala Perlis yang kami naiki selamat mendarat Terminal Feri Langkawi lebih kurang pada waktu Petang. Pemandu bas telah menunggu rombongan Jabatan Perangkaan Negeri Johor untuk dibawa ke penginapan Citin Hotel seramai lebih kurang 80 orang. Kami bersama Hazami ( Pemandu Pelancong Nur Sarah Travel ) tak sabar lagi untuk memulakan percutian menarik selama 4 hari 2 malam







Mengunjungi Langkawi semestinya perlu mengikut kebiasaan dengan melawat tempat² bersejarah seperti Makam Mahsuri, Padang Mat Sirat,Kilang Gamat dan sebagainya. Bagi mereka yang pertama kali menjejakkan kaki ke Langkawi, mungkin itu tarikan utama kami. Namun kecekapan pemandu pelancong kami, bijak menggunakan segala peluang untuk bercerita (tanpa henti) tentang sejarah Langkawi. Segalanya dirumus dengan panjang lebar, aktual dan berkesan.






Dan lebih
menarik, rombongan kami diberi penerangan beserta kuiz sepanjang perjalanan menaiki bas! You were great, Pak Hak(kenal yang ni sajayang satu lagi pemandu pelancong aku tak kenal nama brother tu!






Satu lagi daya tarikan baru Pulau Lagenda ini kami lawati. Sistem angkutan cable car ke platform tinjau di Gunung Mat Cincang. Gunung setinggi 700m dari aras laut ini kini ditambah fungsinya dengan prasarana dan kemudahan unggul bagi tujuan pengunjung mengenali pulau ini dan secara menyeluruh dari pandangan puncak.Rombongan kami sangat teruja dan tidak sabar untuk menikmati pemandangan menakjubkan di atas platform. Keseronokan menaiki cable car ini akhirnya perlu diredakan sedikit, demi 'menghormati' orang yang gayat yang terkumat-kamit membaca ayat² suci, untuk mententeramkan jiwa. Bukan kerana takut akan makhluk ghaib yang mendiami kawasan tanah tinggi seperti ini, tapi sesungguhnya mereka fobia dengan ketinggian!(En.Razak Paham2 je lah)




Pemandangan spektakular! Sebahagian besar bumi Langkawi dan juga Laut Andaman serta pulau² kecil lain kelihatan dengan jelas. Lokasi ini sempurna sebagai penutup percutian ini. Pastinya tidak sabar juga untuk menunggu platform dan jambatan gantung baru yang sedang rancak disiapkan. Dengar²nya dari jambatan gantung itu akan dibuat lokasi sukan lasak terjunan bungee, yang pertama seumpamanya di rantau ini. Aku nak lompat nanti!


Ekspedisi Paya Bakau! Inilah keutamaan kami. Bot membawa kami menyusuri sungai² yang membentuk jaringan ekosistem hutan bakau yang menyimpan khazanah alam flora dan faunanya. Kami dibawa ke Sanktuari Helang. Menjenguk habitat helang merah (simbol pulau ini) dan juga spesis White Belly membuatkan kami terpesona dengan 'gelagat' burung pemangsa ini. Kehadiran manusia tidak lagi ditakuti malah ditunggu². Pemandu bot biasanya akan mencampakkan sisa² perut ayam untuk menarik kedatangan helang² ini sebagai pertunjukan kepada pengunjung.


Environmentalist sebenarnya tidak menyukai perbuatan ini kerana menurut mereka, helang² ini lama-kelamaan akan hilang keupayaan semulajadi untuk mencari makanan sendiri akibat bergantung harap pada manusia. Dan sisa perut ayam yang diberikan juga dikhuatiri tidak berkhasiat untuk diet helang² ini. Sebabnya? Ayam bandar-cucuk-kimia-lemak-tepu.... faham jer lah! Helang² ni boleh kene sakit jantung tak pasal².


Perjalanan melalui sungai paya bakau diteruskan lagi dengan lawatan ke destinasi berikutnya iaitu Gua Kelawar . Laluan untuk sampai ke sana melewati tebing2 batu curam, kawasan lindungan angin dan ribut untuk kapal² layar bersauh, dan juga beberapa pusat penternakan ikan dan tiram.

THANK U : Ucapan terima kasih tak terhingga untuk Hazami Nur Sarah Travel, We all really enjoyed every moment of this wonderful Langkawi trip.

Wednesday, November 5, 2008








GUNUNG MAT CINCANG ( CABLE CAR )







Bergambar semasa di atas Feri Marine Scout 2

Tuesday, November 4, 2008

LAWATAN KE PADANG BESAR DAN LANGKAWI


TARIKH : 30.10.2008 - 02.11.2008

Kelab Sukan Dan Kebajikan Statistik Johor telah mengadakan lawatan ke Padang Besar dan Pulau Langkawi selama 4 hari 2 malam. Hasil dari cetusan idea Kelab Sukan Dan Kebajikan Statistik Johor, maka semua ahli seramai lebih kurang 80 orang telah turut serta untuk melawat ke beberapa tempat menarik di Pulau Langkawi. Antara tempat menarik dilawati adalah Bazar Padang Besar, Kilang Minyak Gamat, Padang Mat Sirat (Beras Terbakar), Gunung Mat Cincang (Kereta Kabel), Makam Mahsuri, Underwater World, Taman Kilim Nature Park, Dataran Lang, Kompleks Bebas Cukai dan Kompleks Idaman Suri.

Sebelum ke Pulau langkawi rombongan ini melawat ke Padang Besar untuk membeli belah. Selepas itu rombongan ini berangkat ke Kuala Perlis untuk menaiki feri ke Pulau Langkawi. Rombongan ini menginap di Citin Hotel di Pekan Kuah, Pulau Langkawi. Kelab Sukan Dan Kebajikan Statistik Johor telah sudi untuk membiayai separuh daripada kos lawatan memberi peluang kepada ahli-ahli untuk mendapat sedikit sebanyak pengalaman di Pulau Langkawi. Semoga lawatan ini akan memberi semangat dan keazaman ahli - ahli untuk terus memberi sumbangan kepada kelab.